SOALAN : Dengan menggunakan konsep Globalisasi dan Pembangunan, apakah yang boleh dilakukan oleh UMS untuk mengangkat ilmu dan maklumat berlandaskan ilmu geografi mengenai SABAH DAN ALAMNYA. Kaitkan bahan bacaan 2 dan Projek laman web/blog kamu untuk merungkai bagaimana idea tersebut boleh menjadi realiti.
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun dengan pelbagai peningkatan teknologi seiring dengan zaman globalisasi dan pembangunan. Pelbagai rancangan telah diatur oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi untuk mencapai sebuah negara maju menjelang 2020. Demi merialisasikan hasrat kerajaan itu, Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga telah mengorak langkah ke hadapan dengan menjadi sebuah institusi yang berdaya maju bagi memenuhi visi dan misi UMS itu sendiri. Menurut Prof Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (2012), UMS adalah universiti pertama yang mewujudkan Unit Etnografi & Pembangunan (UPEP) yang boleh diberi tanggungjawab akademik memgkategori kembali secara sistematik ilmu pengetahuan yang sedia ada lagi kaya mengenai ‘Sabah, Manusia dan Alamnya’.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) di bawah Sekolah Sains Sosial (program geografi) telah merialisasikan kata-kata Prof Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dengan menjayakan satu projek pembinaan blog iaitu “ilmusabah.com” yang telah di cetuskan oleh Dr Gaim seorang pensyarah geografi dari universiti tersebut. Pembinaan blog ini masih lagi baru dilaksanakan oleh pelajar akhir tahun 3 dan baru sahaja dibuat. Dengan adanya blog/laman web ini secara tidak langsung maklumat yang terkandung didalam blog tersebut dapat digunakan oleh pelajar-pelajar UMS khasnya dan masyarakat di luar sana amnya. Oleh itu, pihak UMS amnya dan Sekolah Sains Sosial khususnya perlu bekerjasama di dalam menjayakan projek ini, di mana jika projek ini berjaya secara tidak langsung nama UMS akan terukir di pentas akademik tidak kira di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, khususnya dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan.
Tapak permulaan epistemologikal yang dikemukakan diberi nama sebagai “Tapak Empat Domain” ala-Braudel. Domain berkenaan ialah:-
1) Domain kewilayahan geogratis
2) Domain sistem masyarakat
3) Domain sistem ekonomi
4) Domain sistem pemikiran
Domain kewilayahan geogratisini akan mengangkat ilmu dan maklumat mengenai ringkasan atau huraian mengenai thesis atau kajian yang dilakukan oleh pelajar geografi ke dalam blog mereka. Setiap pelajar mempunyai tajuk tesis yang berlainan, dan ini akan membantu sesiapa sahaja untuk mencari maklumat yang berkaitan. Pelbagai blog dari pelbagai latar belakang dan konsep telah dihasilkan. Maklumat lain yang berkaitan dengan tesis mereka, dapat juga dimasukkan kerana dengan kepelbagaian maklumat yang ada akan memudahkan pembaca atau orang yang ingin mencari maklumat memperolehi data dan maklumat. Setiap kajian yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Geografi UMS ini dapat dikongsikan bersama dengan pelajar lain di Universiti lain dan kemungkinan kajian itu akan dapat memberikan pembandingan dengan kajian mereka. Contohnya, sebuah e-bibliografi telah disusun oleh Profesor Ghazally Ismail 2002 yang menyenaraikan sumbangan ahli sains, sains sosial dan kemanusiaan dalam berbagai projek penyelidikan perseorangan dan berkumpulan dibawah penerbitan elektronik ARBEC (ASEAN Review of Biodiversity and Environmental Conservation) termasuk yang telah dilaksanakan di Sabah.
Domain sistem masyarakatpula dapat mengangkat UMS sebagai pusat ilmu dan maklumat dengan mengetahui melalui blog yang dibina oleh pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza. Masyarakat ini tinggal di pelbagai kawasan yang membentuk komuniti, societal forms, daripada mereka yang digelar hunters and gatherers yang bermastautin di kawasan pendalaman rantau AT kepada ;head-hunters di tengah-tengah belantara konkrit di bandar-bandar. Ibnu Khaldun ke Manuel Catells telah mengajukan idea bahawa sesebuah peradaban terasas dan berkembang dengan berteraskan bandar. Oleh itu, dengan mengkaji evolusi bandar-bandar dalam sesebuah peradaban dapat membantu secara langsung usaha membina kefahaman mengenai perkembangan sesebuah peradaban. Menurut Castells, perkembangan teknologi maklumat meluaskan lagi penguasaan ciri hidup bandar ke wilayah yang jauh dari bandar atau sebaliknya. Keadaan ini telah berlaku terhadap masyarakat tani pedalaman Chiapas yang memberontak di Mexico dengan dibantu oleh kemampuan mereka menggunakan internet. Oleh itu, dengan penggunaan internet ini pengguna-pengguna dapat mengakses dan mencari maklumat di laman sesawang ilmusabah.com mengenai masyarakat yang tinggal di Sabah.
Manakala, domain sistem ekonomi dapat mengangkat ilmu dan maklumat dengan pelbagai pembelajaran yang berkaitan thesis pelajar, terutama pelajar-pelajar yang membuat penyelidikan mengenai ekonomi Sabah amnya. Hal ini kerana setiap peradaban dan masyarakat bergantung kepada keadaan ekonomi, teknologi, biologikal dan demografi. Revolusi Industri telah merubah hubungan manusia dan ekonomi, agihan lebihan ekonomi sering tak seimbang dan membentuk susun lapis masyarakat. Oleh itu, dengan adanya blog/laman web ini kefahaman kita menegenai sistem ekonomi sara hidup masyarakat simpel di AT terbina kebanyakannya daripada kajian dan tulisan sejarahwan dan antropologis dapat dijadikan sebagai sumber sekunder untuk dimasukkan kedalam blog tersebut. Tetapi berdasarkan literatur yang terhimpun kini, kefahaman mengenai sistem ekonomi masyarakat kompleks di rantau AT jauh lebih mendalam dan terperinci, seperti menegenai masyarakat pada era sistem ekonomi merkantilistik ketika kuasa Imperial Eropah mendominasi dunia, sama ada Potugis, Sepanyol dan Belanda dan British. Pengaruh globalisasi mengundang cabaran baru untuk pengkaji mengenai sistem ekonomi di rantau AT yang perlu diteliti bukan dari sudut politik tetapi perubahan nilai dan norma masyarkat rantau ini yang datang bersama-sama globalisasi. Sabah dianggap sebagai sebuah negeri dalam mana masih wujud apa yang dipanggil dalam pengajian tani (peasant studies) fenomena ‘presistence peasant’ yang bermaksud sebagian besar penduduk terlibat dalam cash economy, tetapi bersifat sara diri. Ini bereti UMS masih ada ruang yang cukup luas untuk melaksanakan kajian ekonomi yang komprehensif mengenai Sabah bersama-sama badan-badan seperti IDS dan selainnya.
Akhir sekali adalah domain sistem pemikiran, dimana ilmu dan maklumat dapat diangkat dengan melalui pembinaan blog adalah dengan merujuk sistem pemikiran dalam sesuatu peradaban diambil daripada tiga sudut : i) kosmologi & spiritualiti – iaitu mengenai dunia atau kosmos yang dominan dan minoriti yang mengesankan kehidupan masyarakat, ii) tradisi intelektual – iaitu kefahaman kosmologi dan spiritualiti berkenaan ditafsir lanjut dari sudut teologi dan falsafah serta diperhalusi dalam kesusasteraan dan tradisi lisan lalu membentuk tradisi intelektual yang memberi indentiti kepada sistem pemikiran peradaban, iii) aturan sosial – kefahaman kosmologi dan spiritualiti yang diperhalus dalam acuan tradisi intelektual sering menajdi landasan pembentukan institusi yang dominan dalam aturan sosial sesuatu peradaban, termasuk kerangka governans dan pengurusan masyarakat. Oleh itu, di rantau AT menunjukkan bahawa rata-rata wujud hubungan erat anatara pemikiran di rantau ini dengan faktor kosmologi dan spiritualiti dengan pengalaman di bawah pengaruh beberapa agama.
Kesimpulannya, pembinaan blog yang dilakukan oleh pelajar UMS ini sedikit sebanyak telah mengangkat kepentingan ilmu dan maklumat kepada masyarakat dan memudahkan maklumat tersebut diakses.
0 comments:
Post a Comment