Ilmu Alam

Tanah, Air, Api, Udara

Abstrak


ABSTRAK 

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji potensi paya bakau sebagai pusat penyelidikan dan pendidikan alam sekitar kepada masyarakat, amnya penduduk setempat. Kajian ini akan mengenal pasti beberapa aktiviti – aktiviti penyelidikan dan pendidikan yang telah dijalankan sepanjang tempoh lima tahun, iaitu dari tahun 2007 hingga 2011. Beberapa objektif kajian telah digariskan bagi menyempurnakan lagi hasil kajian ini iaitu mengenal pasti spesies burung hijrah yang datang ke Pusat Tanah Lembab Kota Kinabalu, mengenal pasti spesies hidupan yang wujud di pusat tersebut dan objektif terakhir adalah mengenal pasti aktiviti pendidikan yang dilakukan. Kajian ini telah dijalankan di kawasan Daerah Likas, di mana pusat ini berada di tengah-tengah pembangunan. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan pelbagai metodologi untuk mendapatkan hasil kajian. Antara kaedah yang digunakan adalah melalui data primer seperti kaedah penggunaan boring soal selidik dengan memilih 30 orang responden yang di pilih secara rawak. Kaedah pemerhatian juga digunakan dalam kajian ini untuk melihat dengan lebih jelas lagi spesies burung dan aktiviti pendidikan yang bersifat mencintai alam sekitar dilakukan. Data sekunder juga turut diguna pakai bagi memperolehi pelbagai maklumat yang dapat membantu kajian ini dilakukan. Dengan menggunakan kedua-dua data primer dan sekunder ini, kajian ini mendapati bahawa Pusat Tanah Lembab kota Kinabalu ini memang berpotensi untuk menjadi pusat penyelidikan dan pendidikan dalam penjagaan alam sekitar. 



ABSTRACT 

This study was to assess the potential of mangroves as a research center and environmental education to the community at large local population. This study will identify a number of activities - research and educational activities that were undertaken during the past five years, from 2007 to 2011. Several studies haveoutlined the objectives for the complete results of this study is to identify species of migratory birds that come to Kota Kinabalu Wetland Centre, to identify the species being present in the central and final objective is to identify the education activity. This study was conducted at the Likas area, where the center is located in the heart of development. In this study, researchers have used variousmethodologies for the study. Among the methods used are the primary data such as the use of questionnaires by selecting 30 respondents randomly selected.Observation method was also used in this study to more clearly see the birds andeducational activities that are an environment-done. Secondary data were alsoused to obtain information which could assist this research. By using both primary and secondary data, this study found that the city Kinabalu Wetland Centre isindeed the potential to become a center for research and education inenvironmental care.

Tapak Empat Domain




SOALAN : Dengan menggunakan konsep Globalisasi dan Pembangunan, apakah yang boleh dilakukan oleh UMS untuk mengangkat ilmu dan maklumat berlandaskan ilmu geografi mengenai SABAH DAN ALAMNYA. Kaitkan bahan bacaan 2 dan Projek laman web/blog kamu untuk merungkai bagaimana idea tersebut boleh menjadi realiti.

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun dengan pelbagai peningkatan teknologi seiring dengan zaman globalisasi dan pembangunan. Pelbagai rancangan telah diatur oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi untuk mencapai sebuah negara maju menjelang 2020. Demi merialisasikan hasrat kerajaan itu, Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga telah mengorak langkah ke hadapan dengan menjadi sebuah institusi yang berdaya maju bagi memenuhi visi dan misi UMS itu sendiri. Menurut Prof Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (2012), UMS adalah universiti pertama yang mewujudkan Unit Etnografi & Pembangunan (UPEP) yang boleh diberi tanggungjawab akademik memgkategori kembali secara sistematik ilmu pengetahuan yang sedia ada lagi kaya mengenai ‘Sabah, Manusia dan Alamnya’.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) di bawah Sekolah Sains Sosial (program geografi) telah merialisasikan kata-kata Prof Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dengan menjayakan satu projek pembinaan blog iaitu “ilmusabah.com” yang telah di cetuskan oleh Dr Gaim seorang pensyarah geografi dari universiti tersebut. Pembinaan blog ini masih lagi baru dilaksanakan oleh pelajar akhir tahun 3 dan baru sahaja dibuat. Dengan adanya blog/laman web ini secara tidak langsung maklumat yang terkandung didalam blog tersebut dapat digunakan oleh pelajar-pelajar UMS khasnya dan masyarakat di luar sana amnya. Oleh itu, pihak UMS amnya dan Sekolah Sains Sosial khususnya perlu bekerjasama di dalam menjayakan projek ini, di mana jika projek ini berjaya secara tidak langsung nama UMS akan terukir di pentas akademik tidak kira di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, khususnya dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan.

Tapak permulaan epistemologikal yang dikemukakan diberi nama sebagai “Tapak Empat Domain” ala-Braudel. Domain berkenaan ialah:-

1) Domain kewilayahan geogratis

2) Domain sistem masyarakat

3) Domain sistem ekonomi

4) Domain sistem pemikiran

Domain kewilayahan geogratisini akan mengangkat ilmu dan maklumat mengenai ringkasan atau huraian mengenai thesis atau kajian yang dilakukan oleh pelajar geografi ke dalam blog mereka. Setiap pelajar mempunyai tajuk tesis yang berlainan, dan ini akan membantu sesiapa sahaja untuk mencari maklumat yang berkaitan. Pelbagai blog dari pelbagai latar belakang dan konsep telah dihasilkan. Maklumat lain yang berkaitan dengan tesis mereka, dapat juga dimasukkan kerana dengan kepelbagaian maklumat yang ada akan memudahkan pembaca atau orang yang ingin mencari maklumat memperolehi data dan maklumat. Setiap kajian yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Geografi UMS ini dapat dikongsikan bersama dengan pelajar lain di Universiti lain dan kemungkinan kajian itu akan dapat memberikan pembandingan dengan kajian mereka. Contohnya, sebuah e-bibliografi telah disusun oleh Profesor Ghazally Ismail 2002 yang menyenaraikan sumbangan ahli sains, sains sosial dan kemanusiaan dalam berbagai projek penyelidikan perseorangan dan berkumpulan dibawah penerbitan elektronik ARBEC (ASEAN Review of Biodiversity and Environmental Conservation) termasuk yang telah dilaksanakan di Sabah.

Domain sistem masyarakatpula dapat mengangkat UMS sebagai pusat ilmu dan maklumat dengan mengetahui melalui blog yang dibina oleh pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza. Masyarakat ini tinggal di pelbagai kawasan yang membentuk komuniti, societal forms, daripada mereka yang digelar hunters and gatherers yang bermastautin di kawasan pendalaman rantau AT kepada ;head-hunters di tengah-tengah belantara konkrit di bandar-bandar. Ibnu Khaldun ke Manuel Catells telah mengajukan idea bahawa sesebuah peradaban terasas dan berkembang dengan berteraskan bandar. Oleh itu, dengan mengkaji evolusi bandar-bandar dalam sesebuah peradaban dapat membantu secara langsung usaha membina kefahaman mengenai perkembangan sesebuah peradaban. Menurut Castells, perkembangan teknologi maklumat meluaskan lagi penguasaan ciri hidup bandar ke wilayah yang jauh dari bandar atau sebaliknya. Keadaan ini telah berlaku terhadap masyarakat tani pedalaman Chiapas yang memberontak di Mexico dengan dibantu oleh kemampuan mereka menggunakan internet. Oleh itu, dengan penggunaan internet ini pengguna-pengguna dapat mengakses dan mencari maklumat di laman sesawang ilmusabah.com mengenai masyarakat yang tinggal di Sabah.

Manakala, domain sistem ekonomi dapat mengangkat ilmu dan maklumat dengan pelbagai pembelajaran yang berkaitan thesis pelajar, terutama pelajar-pelajar yang membuat penyelidikan mengenai ekonomi Sabah amnya. Hal ini kerana setiap peradaban dan masyarakat bergantung kepada keadaan ekonomi, teknologi, biologikal dan demografi. Revolusi Industri telah merubah hubungan manusia dan ekonomi, agihan lebihan ekonomi sering tak seimbang dan membentuk susun lapis masyarakat. Oleh itu, dengan adanya blog/laman web ini kefahaman kita menegenai sistem ekonomi sara hidup masyarakat simpel di AT terbina kebanyakannya daripada kajian dan tulisan sejarahwan dan antropologis dapat dijadikan sebagai sumber sekunder untuk dimasukkan kedalam blog tersebut. Tetapi berdasarkan literatur yang terhimpun kini, kefahaman mengenai sistem ekonomi masyarakat kompleks di rantau AT jauh lebih mendalam dan terperinci, seperti menegenai masyarakat pada era sistem ekonomi merkantilistik ketika kuasa Imperial Eropah mendominasi dunia, sama ada Potugis, Sepanyol dan Belanda dan British. Pengaruh globalisasi mengundang cabaran baru untuk pengkaji mengenai sistem ekonomi di rantau AT yang perlu diteliti bukan dari sudut politik tetapi perubahan nilai dan norma masyarkat rantau ini yang datang bersama-sama globalisasi. Sabah dianggap sebagai sebuah negeri dalam mana masih wujud apa yang dipanggil dalam pengajian tani (peasant studies) fenomena ‘presistence peasant’ yang bermaksud sebagian besar penduduk terlibat dalam cash economy, tetapi bersifat sara diri. Ini bereti UMS masih ada ruang yang cukup luas untuk melaksanakan kajian ekonomi yang komprehensif mengenai Sabah bersama-sama badan-badan seperti IDS dan selainnya.


Akhir sekali adalah domain sistem pemikiran, dimana ilmu dan maklumat dapat diangkat dengan melalui pembinaan blog adalah dengan merujuk sistem pemikiran dalam sesuatu peradaban diambil daripada tiga sudut : i) kosmologi & spiritualiti – iaitu mengenai dunia atau kosmos yang dominan dan minoriti yang mengesankan kehidupan masyarakat, ii) tradisi intelektual – iaitu kefahaman kosmologi dan spiritualiti berkenaan ditafsir lanjut dari sudut teologi dan falsafah serta diperhalusi dalam kesusasteraan dan tradisi lisan lalu membentuk tradisi intelektual yang memberi indentiti kepada sistem pemikiran peradaban, iii) aturan sosial – kefahaman kosmologi dan spiritualiti yang diperhalus dalam acuan tradisi intelektual sering menajdi landasan pembentukan institusi yang dominan dalam aturan sosial sesuatu peradaban, termasuk kerangka governans dan pengurusan masyarakat. Oleh itu, di rantau AT menunjukkan bahawa rata-rata wujud hubungan erat anatara pemikiran di rantau ini dengan faktor kosmologi dan spiritualiti dengan pengalaman di bawah pengaruh beberapa agama.

Kesimpulannya, pembinaan blog yang dilakukan oleh pelajar UMS ini sedikit sebanyak telah mengangkat kepentingan ilmu dan maklumat kepada masyarakat dan memudahkan maklumat tersebut diakses.

Islam Is My Choice